Welcome to The Malaya Daily. from lazacode.com

Monday, 9 January 2012

901 - Tian Chua dakwa Rakyat mesti Turun Jalan Raya tuntut Hak


KUALA LUMPUR 9 Jan. - Rakyat tidak lagi boleh mempercayai sistem kehakiman Negara yang telah dicabul demi kepentingan politik.

Naib Presiden PKR YB. Tian Chua mendakwa, rakyat pada masa kini mesti bangkit menuntut keadilan sistem mahkamah dengan cara mengundi Pakatan pada Pilihanraya Umum ke 13 kelak atau turun ke jalan raya.

"Rakyat akan jadi Hakim. Kita akan buat keputusan. Samada dengan tangan melalui kertas undi kita, atau dengan kaki melalui perjalanan kita di jalan raya. Itu yang kita akan putuskan," dakwa beliau ketika menyampaikan ucapan melalui ceramah Bebas Anwar 901 di Kelab Sultan Sulaiman sebentar tadi.

Beliau turut menjelaskan rakyat berhak merampas hak dalam menentukan masa depan Negara melalui jalan yang disebut beliau .

"Kita akan pastikan esok (hari ini) keputusan Hakim bagaimanapun, jika hakim berani tidak mengambil peduli kebangkitan rakyat," jelasnya lagi.

Baca selebihnya...

0 comments:

Post a Comment